Hari ni nak cerita pasal 20 kebaikan dan manfaat ESP Shaklee. Lagipun saya tahu, ramai diluar sana yang consume ESP Shaklee ni. Cuma nak beritahu atau tak je. Hehehe. Sebab saya, ramaaaii kawan - kawan yang dah minum ESP Shaklee ni sebelum saya kenal Shaklee ni. Saya je tak tahu mengenai Shaklee. Ruginya rasa. Sebab ESP ni banyak sangat kebaikan dari keburukan. Anda juga rugi kalau tak cuba.
OK.. Bulan puasa dah nak dekat. Tak sampai 40 hari lagi rasanya kan.. Semoga kita semua dah bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan kali ni. Semoga kita semua boleh berpuasa penuh. InsyaAllah. Macam mana nak puasa penuh? Lagi - lagi kaum lelaki yang bekerja. Penat dan haus, cuaca panas tak menentu pastinya sukar untuk menahan lapar dan dahaga. Cepat letih , kurang tenaga dan sebagainya.
Jadi bagaimana untuk membantu kita semua menghadapi Ramadhan dengan penuh tenaga dan ceria dan tidak stress?
Hehehe kalau saya, saya suka minum ESP semasa sahur. Kalau bangun lambat saya akan cuba bancuh ESP dengan susu. Kalau kebetulan bangun awal saya akan makan nasi berlauk dan selit dengan air masak suam dan susu ESP sejuk. Alhamdulillah. Sedap, kenyang dan perut kurang meragam. Gastrik pun tiada. Alhamdulillah.
ESP adalah ringkasan dari perkataan ENERGIZING SOY PROTEIN.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein dan ini termasuk sembilan asid amino penting.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
KEBAIKAN ESP SHAKLEE
~ Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
~ Untuk wanita yang menyusu : ESP bantu memperbanyakkan pengeluaran susu.
~ Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
~ Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun kurang.
~ Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
~ Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Kulit baby pun tumpang cantik. ( Ni kalau preggy tadi hehe )
~ Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.
~ Untuk sesiapa yang nak naikkan berat badan : Protein membantu membina otot. Sekaligus akan mencantikkan bentuk badan bila dah berisi sikit nanti.
ESP tak semestinya untuk kaum wanita sahaja. Lelaki pun boleh minum. Apa lelaki tak elok minum soya? Soya lain saya tak tahu. Tapi soya Shaklee dijamin selamat hatta untuk kaum lelaki sekalipun. Dah jangan banyak tanya. Nak minum, minum je. Saya ada customer lelaki minum ESP Shaklee. Repeat order. Sebab? Dia rasa makin cerah. Tak minum rasa makin gelap. Hahaha macam - macam.
CARA BANCUH ESP SHAKLEE
ESP Shaklee harus / mesti / wajib / kena / perlu dibancuh dengan suhu sejuk. Kalau suam pun tidak digalakkan. Sebab nanti protein mati, apa guna minum kan? Beli mahal - mahal rugilah kalau tak dengar cakap distributor kan.
RESEPI ESP SHAKLEE
Antara resepi kegemaran saya :
1) ESP + Dutchlady Strawberry = 1 kotak kecil Dutchlady 250ml + ESP 2 sudu. Goncang dalam shaker Shaklee. Sedap!! Sebab rasa and bau strawberry dia sangatttt kuat. ( Ni untuk siapa yang tak suka rasa soya )
2) ESP + Soya apa - apa brand = 1 kotak kecil Soya 250ml + ESP 2 sudu. Goncang dalam shaker Shaklee. Ni favourite saya dan adik - adik dekat rumah. Adik - adik cakap rasa berhabuk sikit la. Tapi diorang boleh terima. Hehe
3) ESP + Yogurt Drink kesukaan anda = 2 sudu ESP + 250ml yogurt drink kesukaan anda. Goncang je dalam shaker. Ni pun kalau nak blend dengan strawberry ke kiwi ke pisang ke buah naga ke kurma ke. Janji menepati citarasa anda. Tu siap bawak ke office tu. Hehe
3) ESP + Yogurt Drink kesukaan anda = 2 sudu ESP + 250ml yogurt drink kesukaan anda. Goncang je dalam shaker. Ni pun kalau nak blend dengan strawberry ke kiwi ke pisang ke buah naga ke kurma ke. Janji menepati citarasa anda. Tu siap bawak ke office tu. Hehe
Resepi lain yang boleh dicuba :
1) ESP + Pisang + Strawberry + Fresh Milk = Fresh milk 300 ml ( ambil yang 250ml pun boleh tapi akan rasa heavy sikit ) + Pisang 1/2 biji + Fresh Strawberries 3 ketul + ESP 2 sudu. Lepas tu blend. Pehh rasa smoothies. Hehe ni favourite kawan saya. Kalau ada shake n take lagi senang.
2) ESP + Milo = Bancuh milo macam biasa. Tambah ais sikit 2 3 ketul. Tambah ESP 2 sudu. Shake shake shake. Siap!
3) ESP + Ribena = Bancuh ribena macam biasa dengan air masak. Tambah ais dan ESP 2 sudu. Shake shake shake lagi. Siap!
4) ESP + Tropikana Twister ( Orange ke Apple ke Laici ke ) = Shake kan air tropikana 250ml dengan 2sudu ESP. Sedap jugak! Tapi rasa manis sikit. Kalau tak suka manis. Tambah sikit air masak.
5) ESP + Meal Shakes Shaklee = ESP 2 sudu + Meal Shakes 2 sudu. Bancuh ESP + Meal Shakes dengan 250 air sejuk. Kalau nak lagi sedap tambah dengan fresh milk. Goncang dalam shaker.
6) ESP + Horlicks = Bancuh horlicks macam biasa. Tambah ais. Tambah ESP 2 sudu. Siap.
7) ESP + Serbuk koko = Bancuh serbuk koko 2 sudu (atau ikut kesukaan) dengan fresh milk. Tambah susu pekat sikit. Tambah ais. Tambah 2 sudu ESP. Goncangkan dalam shaker atau blend. Nanti jadi chocolate smoothie. Sedaaapnyaaa.
Haa banyak tak resepi dengan ESP? So kalau tak suka soya pun tak apa. Blend or shake je dengan apa - apa minuman kegemaran. Macam - macam kombinasi tu. Hehe
Kalau nak kongsi resepi lain. Boleh letak dekat comment. Kita share share resepi.
Jadi kalau berminat dengan ESP Shaklee atau nak tanya apa - apa berkenaan Shaklee dan permasalahan boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah :
No comments:
Post a Comment