Monday 9 February 2015

Kelebihan dan kebaikan minum air masak

SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK





Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)


Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).


Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% daripada permukaan bumi adalah air.


Sejarah juga telah menunjukkan, terbentuknya tamadun-tamadun besar adalah disebabkan oleh air. Wujudnya tamadun Mesapotamia adalah disebabkan wujudnya Sungai Tigris, manakala hidupnya tamadun Mesir kuno adalah disebabkan hidupnya Sungai Nil yang sentiasa mengalir sepanjang tahun tanpa henti. Ia merupakan asas keperluan nombor satu manusia! Kita mungkin boleh hidup selama sebulan tanpa makanan, tetapi tanpa air, kita mungkin akan mati tak sampai seminggu!


Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.


1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin atau kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (ia akan dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).


2. Sifar Kalori @ Zero Calorie
Sebab dia kosong, jadi memang tiada tambahan lemak, tiada tambahan kolesterol dan sebagainya. Minum lah sebanyak mana pun, tiada apa yang terjejas, malah semakin baik dan elok untuk tubuh badan.


3. Sumber Alkali termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic atau asid. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkali semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.


4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.


5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.


6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.


7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.


8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.


9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.


10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan.




Thursday 5 February 2015

BFF TRIP : Langkawi Island, Malaysia - Part 2

Nak baca episod sebelum ni tekan sini - Part 1


Flight kami dari KLIA 2 pukul 6.25ptg 15 November 2014 dan landed di Langkawi International Airport pukul 7.15pm. Cuaca dari KL hujan renyai renyai. Sampai sana pun dah Maghrib dan tak nampak laut pun. Nampak lampu je dari atas. Sedihhh T_T .. 


Dah sampai dalam kawasan airport tu, banyak kaunter perlancongan yang bukak. Sekali pandang macam tempat beli tiket bas pun ada. Banyak promotion yang bersesuaian untuk sesiapa yang jadi pelancong di Langkawi.


Kami sempat ambik banyak pamplets dan catalogue. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan rupanya di Langkawi ni. Saya ingat Mahsuri dan Tasik Dayang Bunting semata - mata. Maafkan daku T_T


Sampai di pintu hadapan airport pulak kami disapa oleh ramai orang yang memberi khidmat kereta sewa. Memang banyak! Dan bising sikit. Haha



Nasib baik kawan kitorang memang dah ada book dengan sorang brader ni, so keluar je dari main door airport tu, terus je la cari brader tu. Sebab dia memang dah tunggu kitorang. Dia sediakan Myvi Putih untuk kami berempat, mula mula ingat muat la kan Myvi sebab kitorang 4 orang je kot! Rupanya lupaaaaa.. Luggage kami. Hahaha ni memang lawak T_T


Myvi Putih / Auto / 1 hari RM90


2 beg je muat dekat bonet Myvi tu, lagi 2 kena pangku. Terus dah imagine nanti last day macam mana? Chocolate? Souvenir? Hahahaha takpelah kami pasrah hahaha


Kitorang sewa Myvi tu 3 hari .. Sebab kitorang sampai pun dah lepas Maghrib. Lepas ni flight balik KL nanti pkul 7 lebih juga. So total RM270 la kitorang bayar. Tak ada deposit sebab kawan kitorang dah memang kenal lama dengan company tu. Hehe


Keluar je dari Airport kitorang terus ke Hotel yang telah di booked. Kitorang pilih Simfoni Resort. Nama je Resort ye, tapi dia jauh dari pantai, hehehe dekat dengan Pekan Kuah. Rasanya dalam 10 minutes drive ke Pekan Kuah yang famous tu.

Simfoni Resort
Lot 1-13, Bandar Kuah,
Jalan Taman Pelangi,
07000 Kuah,
04 - 969 8989
(Landmark : Belakang Langkawi Parade Megamall)

Kalau korang dari jalan besar, InsyaAllah tak terlepas simpang dia, sebab ada signboard besaaarr dengan lampu lagi. Cuma kalau siang mungkin tak perasan. Hehehe


Masuk bilik je terkejut sebab not as expected sebab masa kitorang usha hotel ni through online, kitorang imagine biasa - biasa je sebab serious murah weh. Ni pun ambil dari Groupon. Kebetulan sangat!

Kitorang stay dekat Simfoni Resort ni 15 November 2014 - 17 November 2014. Check in pukul 8malam, check out pukul 10 pagi sebab nak ke motel seterusnya!


Simfoni Resort 2 hari tu RM300 je untuk 4 orang ( 3 hari 2 malam). Bilik dia MasyaAllah sangat selesa. Mini apartment concept. Plus, it is very comfortable, very cosy, very clean and neat. Cuma jauh sikit nak menapak sebab bilik kami hujunggggg sekali. Tingkat 3 boleh naik lif. Hehe Interior hotel dari Lobby ke Lift ke bilik pun just nice and pretty.


Banyaknya cerita pasal Hotel. Padahal Part 1 dah ada gambar gambar kan.


Okay lepas dah letak beg dan rehat sekejap, kitorang keluar balik sebab nak ternak lemak. Padahal dekat Putrajaya Central siang tu pun dah makan dah.


Disebabkan kawan kitorang sorang tu memang kerap ke Langkawi , so dia suggest untuk makan malam di Veena Restoren. Saya tak pasti lokasi dekat mana, tapi area Pekan Kuah jugak la.


Kitorang order nasi putih 4, sotong goreng tepung untuk 2 orang makan, tomyam campur untuk 2 orang makan, telur dadar, sayur campur. Sotong dengan tomyam dia memang banyak! memang macam order untuk 4 orang makan. Fuhh kenyang gila kami malam tu. Total makan malam tu RM71.20. Divide by 4 cuma RM 17.80. Berbaloi sebab sedap dan kenyanggggg!

Veena Restaurant, 
Jalan Persiaran Mutiara atau lebih dikenali dengan nama Trimula.
credit : here





Lepas tu kami terus balik hotel untuk rehat dan merilekskan perut yang kekenyangan. Hehehehe

Wednesday 4 February 2015

Sakit Sendi - Cerita elakkan tulang reput dan kebas kaki

Assalamualaikum wbt..


Hari ni terpanggil untuk share tentang sakit sendi. Memandangkan saya pun pesakit yang sakit sendi (?) hahaha


Nak cakap yang saya pun selalu / kadang - kadang / pernah / sedang sakit sendi hahahaha. Ikut suka sendi ni la dia nak sakit bahagian mana pun. Tapi yang selalunya sakit sendi dekat lutut dengan sakit sendi dekat area siku dan lengan.


Macam lenguh kot? Memang tak selesa, asyik nak stretching je. Setiap 5 minit akan bangun betulkan pinggang dan exercise tangan. Hm pinggang pun tak selesa juga kadang kadang. Haha banyaknya penyakit hamba Allah sorang ni T_T


Ni belum kahwin dah sakit macam - macam, kalau dah kahwin lepas tu beranak pinak nanti macam mana pula? T_T


Nasib baiklah saya cepat kenal Shaklee ni, so senanglah kalau nak makan supplement apa - apa just tengok pamplet je, lepas tu terus start enjin kereta and GO! Ala Sri Rampai je.. dekat je. Kalau malas nak drive, click click je lepas tu nanti Shaklee poskan. Alahai mudah sangat bila ada Shaklee online ni!


Eeee menyimpangnya cerita!


Okay so apa yang saya consume bila saya dah start sakit lutut, sakit pinggang, lenguh lenguh badan ni??


Saya hanya consume OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD. 





Mula - mula dulu makan Omega Guard sebab nak redakan Asthma, tup tup lutut dan kaki macam dah jaraaaangggg cramp!


EH? PENANGAN APAKAH INI? 


Lepas tu saja - saja la belikan Umi Abah OSTEMATRIX sebab katanya OSTEMATRIX ni boleh prevent Osteoporosis? Osteoporosis ni mengikut kefahaman saya, adalah penyakit tulang reput!





Ehhhh saya sayang Umi Abah saya sebab tu saya taknak tengok diorang susah nak solat, susah nak jogging, susah nak naik tangga. Saya tak suka parents saya sakit. 


So saya sediakan payung sebelum hujan = OSTEMATRIX!


Saya pun makan juga lah OSTEMATRIX ni. So apa yang saya perasan, lutut saya dah jarang berbunyi, kaki dan betis saya jaraaanggg cramp atau lenguh lenguh.


Lepas tu pinggang saya semakin okay. Kalau dulu bila lama sikit basuh pinggan dekat sinki, ha mulalah nak mencari tempat duduk sebab nak betulkan pinggang. Ni tak tau kenapa. Tiba tiba je terus sakit dekat area pinggang ni kalau 5 minit fokus basuh pinggan dekat sinki tu.


Serious macam orang tua kan??!!! T_T


Lagi 1, bila consume OSTEMATRIX ni, kita jadi senang tidur malam. Haaa kalau siapa siapa yang rasa selalu terjaga tu mungkin boleh cuba OSTEMATRIX ni. Tapi bila dah terjaga tu maksud dia ALLAH SWT kejut suruh ingat Dia. Hehehe solat sunat 2 rakaat dulu lepas tu baru tidur balik okay? *Tiba tiba bagi nasihat hahaha





Kalau berminat dengan SET SENDI SHAKLEE, boleh roger roger saya yer. Saya beri consultation terbaik hanya untuk customer saya yang tersayang InsyaAllah





Tuesday 3 February 2015

Set Sendi Shaklee : Promo Bulan February 2015

Assalamualaikum wbt..


Macam mana hari cuti? Hehehe saya masih di rumah merilekskan diri


Gunakan sehabis mungkin cuti ini dengan mempromote Shaklee hehehe


Dan juga gunakan cuti untuk update entri Shaklee yang best best


So harini saya nak cerita PROMO bulan February 2015 ni. Lepas tu bila combine rupanya boleh jadi SET SENDI!


MasyaAllah double best!


Saya suka sangat sebab parents saya suka Ostematrix! Sebab boleh tolong diorang kuatkan tulang dan sendi.


Biasalah kan orang 50an keatas ni selalunya dah ramai yang start sakit lutut, start lenguh badan, start susah nak solat dan macam macam lagila.


Macam kes saya, abah saya pernah jatuh motor 2 tahun lepas kot. Ya Allah risaunya Allah swt je yang tahu. Yelah dengan dia masa tu umur 57tahun. Siapa tahu kondisi tulang abah saya. Siapa yang tahu kuat ke sendi sendi dia nak tampung. Walaupun hanya jatuh sendiri, bukan dari hentaman apa apa. Still risau.


Tapi alhamdulillah abah saya okay. Alhamdulillah. 2 tahun lepas saya tak kenal Shaklee lagi, jadi bila dah kenal Shaklee ni saya wajibkan umi abah saya telan Ostematrix hari hari. Rasa takut kalau terputus bekalan supplement Ostematrix .


Terus grab tadi sebab sekarang OSTEMATRIX PROMOSI!!! Haaa nampak tak saya tulis PROMOSI? Hahaha


BESTKAN!!! Sebab saya pun suka Ostematrix ni. Maklumla umur 27 tapi dah mula terasa sengal sengal lutut. Lagi lagi hari hari panjat tangga 2 tingkat untuk ke office( Eleh 2 tingkat je pun! )


OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI UNTUK : --

Mereka yang selalu mengalami sakit sakit kaki, sakit sendi, sakit dan tidak selesa di bahagian tulang belakang, sejuk sejuk badan, sering rasa berbisa pada tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk dengan jarum.

Menguatkan tulang yang retak atau pernah patah

Sakit kepala yang teruk dan berhari2.

Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.


LAIN LAIN  MANFFAT OSTEMATRIX : --

Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.

Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.






NEXT : ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

Kelebihan :- 

1- Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5

2- Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat daripada dakwaan jenama terkemuka.

3- 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi 

4 - Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.

5 - Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.

6 - Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit

7 - Meningkatkan fleksibiliti sendi.

8 - Memperbaiki fungsi sesendi.

9 - Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.

Keistimewaan : -

1- 100% bebas kerang-kerangan

2- 100% vegetarian (dah kata pun kan diperbuat daripada sayur sayuran. So memang bebas kimia!).

3- 100% bebas kondroitin (bebas kondroitin bermaksud ‘penyerapan glukosamin yang lebih baik’, kehadiran kondroitin seperti dalam kebanyakan produk lain hanya menghalang penyerapan glukosamin).

4- Hanya 2 tablet diperlukan sehari. Ia jenis mudah telan

5- Tiada perasa, pemanis atau pengawet

6- Bebas gluten  (gluten adalah bahan yang menghalang penyerapan zat dan mineral ke dalam tubuh).



NEXTTT : Omega Guard Shaklee ( Ni tak ada promosi, cuma dia gabungan terbaik untuk kesihatan sendi dan tulang InsyaAllah )


OMEGA GUARD

Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak penting untuk kesihatan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.. Kebaikan EPA dan DHA yang terdapat di dalam Omega 3 memelihara fungsi-fungsi sendi dengan mengekalkan paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. 

Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.. 

Dikatakan, pengambilan makanan atau supplemen yang mengandungi khasiat Omega 3 secara berterusan mencegah arthritis dan  memelihara sendi.


MAKANYA : ---


Gabungan ketiga-tiga produk ini dapat mengekalkan tulang yang sihat dan kuat, memelihara tulang rawan dan mengurangkan inflamasi pada tulang.. 

Selain daripada itu pengambilan secara konsisten dan berterusan mencegah tulang reput, meringankan stress, meningkatkan pergerakan keseluruhan badan, mencegah kolestrol, melancarkan perjalanan darah, menguatkan memori dan lain-lain lagi..


Haa tak terlambat lagi kalau nak tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa kita, makcik pakcik kesayangan kita, suami atau isteri tercinta.


Harga pun murah je.. Meh Whatsapp saya meh dan cakap awak dapat nombor dari blog saya, InsyaAllah best price saya bagi. Hehehe





Monday 2 February 2015

B Complex Shaklee : Pengedar Shaklee Ampang

B Complex Shaklee



Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bio availability)  yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. 

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.

Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari. 


Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B complex extract from beer yeast.

Manfaat utama:

  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, kardbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

  • Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

  • Detoksifikasi - meredakan alahan

Bagaimana Memilih B-Kompleks yang Baik?

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)







Sunday 1 February 2015

PROMO FEBRUARY 2015 : Vitalea, Ostematrix, Advance Joint Health Tablet dan Vitalea Chewable for Children

Assalamualaikum wbt..


1 February 2015, Hari Wilayah yang mana semua mereka yang bekerja di Kuala Lumpur akan mengambil cuti peristiwa pada esok Isnin 2 February 2015.


Saya bekerja di Selangor , jadi dengki sikit. Hihih


Okay so nak beritahu apa promo Shaklee Malaysia untuk bulan February 2015 ni.


~ BUY 6 FREE 1 
~ BUY 2 AND GET 5% OFF 

Vitalea Multivitamin & Multimineral

Ostematrix



~ BUY 3 FREE 1

Advance Joint Health Tablet


Vitalea For Children

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...