Tuesday, 3 October 2017

Pengalaman Bersalinkan Bayi Kembar

Assalamualaikum wbt..




Setelah hampir 4 bulan melahirkan anak sulung kembar saya, baru lah ada masa nak share sedikit sebanyak pengalaman saya bersalinkan bayi kembar lelaki saya. Syukur alhamdulillah sebab Allah swt masih beri kesempatan untuk menulis dan berkongsi cerita.


Ahmad Nasrul Adhlan & Ahmad Idhlan Hisham

=)

(sorry gambar lupa nak rotate : masa ni diorang 2 bulan lebih)


Ni cerita bersalin je tau. Kalau ada kesempatan nanti saya share pengalaman mengandung pulak. Hehe seronok bercerita sebab ramai kawan kawan dan saudara mara yang nak tahu macam mana rasanya mengandung dan bersalinkan kembar. 



So apa salahnya saya abadikan dalam blog, mana tahu kot kot budak berdua tu dah besar esok esok diorang jumpa pulak blog mak diorang ni. Hahaha



Jadi ceritanya, due date saya sepatutnya 22.06.2017 hari khamis. Nak dekat raya wey. Raya 25.06.2017. Confident je ingat sempat makan rendang bagai kot kot babies keluar lambatkan. Hahaha



Pada 22.05.2017 Isnin (35weeks 4days) saya ada check up dekat Hospital Ampang, rutin kalau pregnant kembar, memang akan ada dua check up tau. Satu dekat Klinik biasa, satu lagi Hospital. Bestnya check up hospital ni, setiap kali jumpa doctor je mesti akan scan. So memang akan tahu perkembangan babies setiap bulan tanpa miss. Comel gila plsssssss :) Husband selalu marah saya part ni, sebab tak ajak dia jumpa doctor sekali. Dia pun nak tengok scan tu juga rupanya. Saya selalu lupa nak ajak dia hahaha. Dah hujung hujung tu baruuuuuu doctor ingatkan saya supaya panggil husband. Hihihi 



So selalunya husband akan drop saya depan pintu Klinik Pakar Hospital Ampang dan saya akan terus daftar nama lepas tu terus letak kad appoinment dekat Klinik O&G pula. Sementara tu husband pergi la pusing pusing cari parking. Susah gila parking dekat Hospital Ampang ni. So tips dari husband saya, silalah parking dekat deretan kedai sebelah Hospital Ampang tu, yang ada Speedmart tu. InsyaAllah ada.



Then macam biasalah, tunggu nombor yang tak kunjung tiba. T_T lama betul rasanya kalau check up dekat Hospital ni. Tapi excited sebab nak tengok babies dalam perut hehehehe. Akhirnyaaaa doctor pun panggil la. Bertukar - tukar bilik doctor sebab bilik mostly fully occupied haha. Bila dah duduk sembang dengan doctor tu mula la kena soal macam macam sebab dah nak cecah 36weeks kan. Dup dap dup dap jantung kuuuu 



Pastu bertekak dengan doctor sebab doctor cakap dah boleh bersalin dah ni T_T puas saya nafikan sebab doctor doctor sebelum ni pun ada jugak bertekak sesama sendiri sebab ada yang cakap jenis kembar saya ni perlu keluar antara 38weeks la 36weeks la.. akhirnya keputusan berakhir dengan jawapan saya boleh bersalin pada 38weeks. Which is lagi 2 minggu la kan kenapa doctor ni cakap boleh beranak dahhhhhhhhh. Tak keruannnnnn. Hahaha sebab mentally tak ready wey sebab betul betul ingat ada lagi 2 minggu to enjoyyyy. Sobsss



Sekian la kami bertekak lama sangat hahah sebab saya taknak beranak lagiiiii. Pastu doctor tu nak puaskan hati dua dua orang. Which is saya dan dia, dia pun bukak la kitab pengajian dia bla bla bla dannnnnnnnnn keputusan berpihak kepada doctor. KENA BERANAK SEKARANG???? HAHAHA LAWAKNYAAAAAAAAAAAA



Emosi tak stabil masa tu. Hahaha tak tahu nak gelak ke nak nangis ke nak senyum ke?? 



Doctor boleh tanya " So bila agak agak you nak beranak? Sekarang boleh, esok boleh.. yang mana satu puan? " Sambil dia tengok calender. Dia ingat saya boleh jawab ke soalan dia????



*insert emoticon nangis banyak banyak dekat sini pleaseeeeee hahaha



Doctor cakap lagi, senang kalau warded esok Selasa 23.05.2017 sebab sedang elok awal minggu ni. Nanti dah weekend ramai pakar tak ada. Pastu dia cakap lagi nak bersalin normal boleh operate pun boleh. Kita boleh try normal since kepala baby awak dua dua dekat bawah dah ni. Kalau nak operate bolehla warded esok. So bila puan? Dia ulang lagi soalan ni T_T



Saya cakap nanti la saya nak cari husband saya dekat luar kejap. Nak bincang macam mana. Haha jantung macam nak meletup rasanya. Nervous gila



Doctor cakap nanti dah jumpa husband bolehla masuk jumpa saya balik kita bincang lagi. Tapi meh saya nak check bukaan. Kot kot dah ada bukaan lagi senang nak decide. O_O



Dengan rela hati pergi baring dekat katil. Confident je tak ada bukaan lagi sebab hello mental tak ready, remember? Hahaha



Sekali dia check, ok puan maaf ye kalau sakit sikit. Rasanya macam dah buka 2cm ni puan. Good news ni. Meh saya tolong bagi dia bukak lagi bukaan ye. Sabar jelaa dia duk godek godek bawah tu haha



Pastu dia pesan, kalau ada keluar tanda bolehla warded esok ye. Saya cakap kejap nak bagitahu husband dulu. Lepas keluar bilik doctor tu saya cerita balik dari A - Z dekat husband. Ofcourse la dia pun terperanjat. Lagi pulak jalan dah buka 2cm kan. So masuk balik bilik doctor and cakap bolehla warded esok. And doctor pun prepare surat untuk warded esok. Kot kot bersalin 24.05.2017 boleh sama macam birthday mak saya hihi



So petang tu pergi office macam biasa pastu cerita dekat officemates apa berlaku semua. Hahaha diorang of course la excited tak sabar nak tunggu twins keluar. Saya bagitahu esok kena warded. Tapi pagi tu datang office dulu settle apa patut and suruh diorang doa yang baik baik untuk saya. Time tu mental dah ready sikit. Sebab dah buka 2cm kan nak taknak kenalah beranak jugak. Hahaha



Lepas tu bila dah balik rumah, malam tu nak kencing tiba tiba rasa ada benda keluar dari bawah. Tulah tanda yang doctor cakap pagi tadi. Kemain happy saya sebab tak lama lagi dah boleh jumpa twins. Hehehe (happyla sebab tak tahu sakit beranak cam mana kan hahaha)




Esoknya 23.05.2017 masuk office kejap, siap boleh breakfast and gelak gelak sebab nanti 2 bulan tak jumpa diorang ni. Rindu nak breakfast sama sama nanti. Buat kerja sikit and pesan apa apa yang patut. Boleh je contact lagi nanti through Whatsapp sebab belum beranak lagi pun kan.



Tengahari husband ambik dekat office, balik rumah sekejap ambil beg and suruh umi abah doa banyak banyak. Sebak pulak rasa. T_T. Lepas tu terus ke Hospital Ampang. Saya ambil yang 2nd class ward. Lepas dah daftar nama terus naik atas nak tengok bilik. Bilik tu untuk 4 orang. Dapatlah kenal dengan ramai dalam bilik tu sebab once beranak je diorang terus discharge. Pastu sekejap je orang lain pulak masuk. Saya je yang 2 hari dalam tu baby tak keluar keluar. Hahaha



2nd Class Hospital Ampang (Air-cond ) : RM160/day


Hari terasa begitu lamaaaaa. Hahaha.. Husband teman dari Zohor sampai lah Maghrib. Lepas tu mula la keboringan. Sakit pinggang, lenguh - lenguh tu biasa la. Sebab tak biasa dengan katil hospital kan. Dari mula warded lagi dah di aim oleh adik adik Practical sebab diorang nak buat report apa entahla. So ada lah belas - belas orang datang pegang perut, picit perut, golek - golekkan perut. Tak sakit so redha kan jelah diorang nak buat apa pun. Katanya untuk exam hari Khamis 25.05.2017 nanti.



Siap pesan, akak jangan beranak lagi 25.05.2017 tu nanti kitorang punya exam kena cerita pasal akak. Kalaula akak ni tahu kan dik bila babies nak keluar kannnnnnnnnnn.



Dalam sehari tu ada lah kot 3 kali nurse datang check perut nak check jantung baby ok ke idok. Sebab dalam perut ni ada dua, processnya jadi lama laa.. Yang pagi - pagi buta tu paling lama nurse check. Sebab baby kanan ni tidur. Sabor jela maknya kan. Yela pukul 3pagi mestilah baby tidur kan.



Bila dah warded ni pun ada lah sekali, dua kali, tiga kali doctor datang check bukaan. Haha. Dahla tak selesa diorang duk seluk seluk lepas tu static 2cm je dari pagi semalamnya. Sedih pun ada. Tapi doctor dah cakap since everything is okay, so diorang akan induce saya pagi 24.05.2017 tu. So bersedia lah dalam 10jam lepas tu insyaAllah boleh beranak. Wow excited lagi.



Tapi at the same time cuak jugak sebab ada baca orang cakap bila induce ni sakit dia double triple dari yang sakit normal tu. Sebab induce ni dia cakap macam paksa bersalin, bukaan akan lebih cepat buka sebab tu sakit berganda. Tapi apa saja untuk babies. Sebab diorang tak boleh membesar dalam perut ni. Tak muat hahaha



So bangun pagi subuh tu, mandi, solat dan doa semoga semua dipermudahkan. Masa ni tak nervous lagi. Rilek lagi. Ingat doctor cakap semalam nak induce pukul 7pagi. So kita ni get ready jela. Diorang memang dah explain siap siap macam mana prosedur induce tu. Senang bila kita faham, kita tak panic. Doctor baik, nurse baik. I like Hospital Ampang. Tetiba. Hahaha


Sebelum induce : Sempat lagi wish " Happy birthday umiiii. Semoga cucu2 umi tubek hari ni sebelum tengahari mcm katik hahahahaha " Tubek = keluar in kelantanese hehehe. Lepas tu umi balas " Tq, klong relax, semoga semua nya baik2 belako, InsyaAllah " rajin pulak search dalam Whatsapp haha



Tiba - tiba , nama 2 orang pun dipanggil untuk induce, saya dan kakak katil sebelah. Kakak sebelah ni lagi panic sebab dia cakap dah lama tak beranak. 7yrs ago. Takut nak beranak sebab tu la jarak dengan abang baby tu 7yrs haha.. Adui comel akak ni. Lepas dah masuk bilik doctor, doctor pun datang cakap okay siapa nak induce dulu? Kakak tu tunjuk saya. Hahahampeh kakkk. Saya pun tiba tiba nervous wey hahahahaha takpelah sebab dia lagi takut dan panic, saya pun redha jela untuk di induce T_T



Sebelum induce doctor check bukaan lagi T_T Doctor cakap kalau ada progress dari semalam even 1cm pun tak perlu induce, wow happynya!! Tapi panas ku sangkaan hingga ke petang.....rupanya masih 2cm lagi. So induce jela. Bila dia masukkan ubat tu rasa sakit sikit jela. Cuma tak selesa sebab rasa macam ada benda bawah tu. Dia saiz kecik je ubat induce tu.



Doctor cakap nanti pukul 1 dia akan check bukaan lagi. Lepas je keluar dari bilik doctor tu kena terus baring dekat katil tak boleh bangun untuk sejam. Kencing pun tak boleh! No! Hehehe



Dah cukup sejam baru bangun makan breakfast. Sambil - sambil breakfast tu borak dengan kakak katil sebelah tadi, Dia cakap dia tak sakit lagi. Kakak tu warded sebab baby dia dah overdue. Kenalan saya dekat Hospital ni mostly ibu ibu yang overdue.



So pukul 12 tu husband datang melawat, baru la happy sikit. Sembang sembang, sambil tunggu nak makan lunch pulak. Pastu nak kena check bukaan dah yahuuuu. Masa tu pinggang ada lah sengal sengal sikit. Tapi macam tak yakin je ada bukaan. Tapi tak apalah check je. 3cm yahuuu. Doctor cakap pukul 4ptg nanti boleh masuk labour room. Babiessss come to mamiiii.



Sambung makan lagi. Hahahahaha nak beranak kan kenalah makan banyak! Sambil tunggu labour room kosong jugak tu. Makan and layan contraction yang makin memunculkan diri. Makan lunch pun dah tak senang. Kejap bangun, kejap duduk. Duk gitu jela sampai betul betul dah tak boleh habiskan lunch sebab sakit pinggang melampau dah. Hahaha.



Akak sebelah tadi dari pukul 12 dia dah sengal and sakit sakit. Bila pukul 1 check bukaan tu dia dah 4cm or 5cm kot. Laju kan! So dia masuk labour room dulu around 2pm 3pm gitu, bila petang je husband saya nampak husband dia, tegur lah and husband akak tu cakap dah beranak!! Wow lajuuuu. Saya pun nak macam tu jugakkk ahahaha.



Pukul 5pm baru ada bilik kosong and saya ditolak ke labour room. Hehehe dah nak berjuang pun still happy happy senyum senyum! Sebab sakit tak power lagi bolehla senyum kan.



Bila dah masuk labour room tu terus nurse suruh baring sebab ada beberapa procedure lagi nak buat. Husband tak boleh masuk lagi time ni. Doctor datang nak masukkan wire apa entah dekat bawah. Katanya wire tu untuk check heart beat baby supaya lebih accurate. Dia nak sangkutkan wire tu dekat kepala baby yang bakal keluar dulu. Penyangkut tu ada rupa mata kail gitu. Small size je and dia cakap it wont harm the baby pun. So okay la. Baby 2nd diorang check manual je melalui perut belah luar ni.



Saya skip part mata kail tu okay. Taknak la cerita part dia struggle nak sangkutkan mata kail tu. You all imagine sendiri la hahaha Tapi nasib baik doctor perempuan. Sedikit sebanyak selesa la jugak. Tapi tuhan je yang tahu keadaan masa tu. Hahaha selepas beberapa minit berjaya jugak doctor sangkut.Alhamdulillah. Lepas tu doctor lain datang and pecahkan air ketuban. Untuk bagi bukaan lagi cepat. Nurse pun datang nak cucuk ubat untuk cepatkan lagi bukaan juga.



So sekarang kiri kanan monitor heart beat baby tepi katil. Hehehe seronok tengok heart beat diorang tak tahu kenapa. Sakit yang datang ni macam bearable sebab perasaan nak jumpa twins lagi berkobar kobar sampai tak ingat sakit contraction.


Settle semua procedur nak dekat Maghrib. Baru la nampak batang hidung husband. Hampir 2 jam jugaklah saya dalam tu sorang sorang dengan nurse dan doctor.



Elok Maghrib je husband keluar balik untuk solat. Then check bukaan, masa tu baru 4cm T_T last check 3cm tu pukul 1 kan. Lamanya rasaaaaaa. Aduiii. Lepas tu nurse bagi gas sedut untuk khayal tu. Dia cakap kalau tak tahan sakit contraction, sedut je dalam dalam gas tu and ulang sampai sakit tu hilang. Memang banyak kali la saya sedut sampai khayal and tertidur. Hahaha.




Asyik duk pandang jam pukul berapa la nak beranak ni. Rasa lama betul dalam labour room tu. Dari pukul 8pm, 9pm, 10pm , 11pm.. memang setiap jam berjaga sambil tengok jam. Pukul 9 @ 10pm camtu ada lagi doctor datang check bukaan. Dapatlah dengar perkataan 5cm.



Macam setiap 2 jam baru naik 1cm kan. T____T



Lepas tu pukul 11 kot rasa macam contraction sangat. Suruh husband panggil doctor and doctor cakap baru 7cm. Doctor cakap lambat lagi ni nak 10cm puan. Mungkin pukul 2 3 pagi nanti baru bersalin.Tak tahu nak nangis ke apa. Sambung sedut gas and tidur lagi hahahaha



Bangun balik pukul 12 kot masa ni dah sedih sebab tak sama la birthday babies dengan neneknya. Hahaha sedih sebab tu je. Pastu sambung sedut gas and tidur balik. Serious gas tu memang khayal and buat kita rasa tak sakit sangat. Ni untuk saya la sebab saya cepat tertidur. Hahaha kalau tidur memang tak rasa contraction tu



Pastu terbangun lagi pukul 2 pagi. Rasa nak terkeluar sangat sangat baby, mintak husband panggil doctor lagi and doctor check baru 8cm. Tapi dia cakap kalau you rasa nak teran you teran la. Tengok baby nak keluar ke tak. Are you kidding me doctor. Hahaaha doctor cakap betul lah, sebab baby you kecil je I scan 2kg plus je. 8cm insyaAllah boleh. Amboiii saya terus laa get ready nak push..tapi dua kali push tak keluar pun? Hahahaha pastu doctor cakap betulkan saya cakap pukul 3 tadi T_T okay so tunggu jela 10cm ye.



Then back to square one, sedut balik gas and tidur. Hahahahaha Tiba - tiba terbangun lagi around 3am, marah marah husband suruh pergi cari doctor lagi (penat asyik duk cari doctor je HAHA), padahal masa tu dengar doctor and nurse tengah nak sambut baby orang bilik sebelah. Diorang duk jadi cheerleader. Hahaha. Tiba tiba dengar orang perempuan jerit kuat gila. Cuak sayaaaaa. Nanti aku camtu ke kejap lagi?? hahahaha


Then segerombolan doctor datang kerumun saya, mungkin betul prediction doctor tadi saya akan bersalin pukul 3? Sebab sebelum ni doctor tu datang sorang je tak ajak doctor dan nurse lain. Haha



Saya tak dengar doctor cakap dah 10cm saya cuma disuruh bersedia ke posisi bersalin je. Masa ni baru nervous datang. Haaa baru betul takut. Hahaha Saya pun ada cheerleader lah!! Hahahaha ada 3 Doctor pakar, 2 nurse dan 2 budak practical. Semua perempuan sorang je lelaki. Semua jerit jerit suruh push. Nak ketawa pun ada okay? Hahaha Ada sorang doctor pegang perut saya dari luar untuk hold kan position baby kedua saya supaya dia tak bergerak or berpusing dalam perut tu sebab bila abang dia dah keluar dia ada banyak ruang dalam perut nanti. Sekali dengan doctor tu akan guide dia untuk ke bawah dan ready nak keluar pula. Hihihi



Get ready nak push. Memula macam tak reti nak push, tapi bila cheerleader semua cakap betul cara saya, terus la bersemangat nak push kuat - kuat. Hehehe. Dua kali push tak berjaya lagi, tapi Doctor lelaki tu cakap dah nampak kepala. So apa lagi kali ketiga push dengan semangatnya maka keluarlaaaa Khalifah Allah swt saya yang pertama. Baby boy :") Settle yang first, jangan lupa ada lagi sorang ye? Hahaha



Bila contraction datang, saya cuba untuk push lagi. Dua tiga kali push still tak ada perubahan, so doctor suruh rest sekejap. Doctor yang pegang perut saya tadi still tak lepaskan perut saya tau. Sampai menggigil dia sebab nak hold baby kedua. Huhu Masa semakin mencemburui, baby kedua still tak ada tanda nak keluar. Lepas tu doctor pakar terus seluk sebab nak tahu dekat mana posisi dia, dia masih tinggi lagi tak turun turun. Siap ada halangan sebab dia letak tangan dia dekat kepala T_T mentang mentang dah luas, badan dia doctor pegang tak bagi gerak, dia pergi gerakkan tangan pula?? Doctor cakap kalau dia posisi macam tu memang impossible untuk dia keluar normal. Huhu




Nak dekat 30minit tunggu baby keluar untuk normal delivery, dia masih tak ada tanda untuk turun. Tangan pun posisi sama, heart beat dia pun dah semakin turun T_T Doctor terus laju laju siapkan saya untuk czer.. Tak kisah la apa - apa asalkan baby okay.



Saya dalam mamai tu kena sign surat untuk czer lepas tu terus ditolak ke Bilik Pembedahan. Last memori saya dalam Bilik Pembedahan tu sebelum kena bedah, saya kena marah sebab saya mamai and duduk pun bergoyang goyang T_T pakar bius nak bius belakang saya jadi lambat. T_T dapat je cucuk saya terus tidur tak sedar apa.



Sedar bila nurse panggil suruh confirmkan gender baby, Boy :") dan saya tertidur semula. Hahahaha


Normal Delivery : RM150
Cesarean : RM400
Charge ni untuk 2nd class patient. Kalau 3rd class saya tak tahu berapa.



Bila kena tolak keluar dari bilik tu, saya sedar dan nampak husband saya hehehe masa tu tak tahu pukul berapa. Nurse tolak saya sampai masuk ward balik. Rasa macam jauh je bilik pembedahan dengan ward. Sampai ward, saya dah sedar 50% kot dapatla cakap dengan husband, tanya dia pukul berapa, lama tak masa operation tu, tengok baby tak, baby okay tak. Sebab saya tak dapat tengok muka babies, nurse tunjuk bebird je hahahaha. Masa tu memang kebas dari bahu ke kaki. Dapat cakap je. Okla tu kan. So semuanya selamat walaupun berbagai rintangan hehehehe. Orang lain lagi hebat kot rintangan diorang.. Alhamdulillah for the precious gift Ya Allah.




masa ni diorang rasanya 5 @ 6 days 

Warded NICU for 8 days


Baby first  : 3.53 am, 2.38 kg (normal delivery)

Baby second : 4.29 am, 2.37 kg (emergency czer)





=)

Ni diorang dah 4 bulan

Adik baju putih 6.9kg ;; Abang baju kuning 6.5kg



=)

Latest 02nd October 2017 with my parents

Dengan abah tu adik, dengan ummi tu abang

Ummi's Birthday is on 24th May sehari sebelum diorang

My baby Shaklee hehehe


Sekian.


Tuesday, 12 September 2017

Testimonial Vivix Shaklee

Testimonial Vivix Shaklee

Nenek kembali cergas. Alhamdulillah



Berat turun
Sakit lutut pun hilang. syukur alhamdulillah



Melambatkan proses penuaan


Kembali kelihatan muda. Wow



Badan juga dah tak sakit 



Berat turun lagi. Wow



Muka berseri. Siapa yang taknak?


Lutut semakin baik. Semakin mudah untuk solat. Alhamdulillahhhh


Makin sihat bertenaga. Alhamdulillah

Sunday, 1 January 2017

Vivix Shaklee Promotion January 2017

Vivix Shaklee Promotion January 2017

APA DIA????

VIVIX ADA TAWARAN HEBAT LAH

--------------

Assalamualaikum wbt

Syoknya dengar perkhabaran ni

Seperti yang kita tahu, Vivix Shaklee merupakan salah satu produk PANASSS antara kesemua produk Shaklee

Yang paling memberi kesan

Yang paling memberi impak

Yang paling menjadi pujaan ramai

Untuk Januari 2017 ni anda boleh dapatkan Vivix Shaklee 7 botol dengan harga 6 botol sahajaaaa

Macam buy 6 free 1 gitu

Boleh juga kalau anda nak beli twin pack

Kalau anda beli twin pack maksudnya 2 botol Vivix, sekaligus anda akan dapat jadi member shaklee secara percuma. Dah lah percuma, dapat beli harga ahli pulak. Aihhh siapa taknak?

Kalau anda beli buy 6 free 1 lagi lah confirm confirm anda dapat jadi member secara percuma, siap dapat rebate lagi pada Februari 2017 nanti

Nak ke nak??

Jom hubungi saya

ATIFAH KHAMARRUZAMAN
017 3466 579
Pengedar Shaklee Ampang dan sekitar

Pengedar Shaklee, Cara Daftar Ahli dan Cara Beli Shaklee Online

Senarai Pengedar Sah Shaklee
  1. Pengedar Shaklee Alor Setar : COD Area Jitra / Alor Setar
  2. Pengedar Shaklee Jitra : COD Area Alor Setar / Jitra
  3. Pengedar Shaklee Putrajaya : COD Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil
  4. Pengedar Shaklee Klang : COD Area Klang / Kapar / Meru / Setia Alam
  5. Pengedar Shaklee Seremban : COD Area Seremban / Seremban 2 / Panchor
  6. Pengedar Shaklee Ampang : COD Area Ampang / Wangsa Maju / Setiawangsa / Sri Rampai
  7. Pengedar Shaklee Temerloh : COD Area Temerloh
  8. Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : COD Area Kuala Lumpur / Cheras
  9. Pengedar Shaklee USJ : COD Area USJ / Subang Jaya / Sunway
  10. Pengedar Shaklee Puchong : COD Area Puchong / Kinrara
  11. Pengedar Shaklee Kuantan : COD Area Kuantan
  12. Pengedar Shaklee Shah Alam / Subang Jaya : COD Shah Alam / Subang Jaya
  13. Pengedar Shaklee Miri : COD Miri / Brunei
  14. Pengedar Shaklee Cheras : COD Cheras / Ampang / Hulu Langat
  15. Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam : COD Klang / Shah Alam

  16. Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

    Dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah anda boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. Cara Daftar Ahli Shaklee Online 2016 ada di sini.


    Cara Beli Produk Shaklee Online

    Order Produk Shaklee Online melalui link yang disertakan di bawah
    1. Buy Shaklee Online Malaysia - For english user, buy Shaklee directly from Shaklee HQ
    2. Beli Shaklee Online Malaysia - Beli Shaklee daripada Pengedar Shaklee Bertauliah
    3. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...